PERTUBUHAN IKATAN IMAM MUSLEH MALAYSIA telah ditubuhkan secara rasminya pada 10 September 2021 yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dengan Nombor Pendaftaran (PPM-003-05-10092021)
"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak,
Oleh itu, kerjakanlah sembahyang keranan Tuhanmu semata-mata,
dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)
Program Qurban Imam Musleh kali ini membawa mesej yang sangat jelas — ibadah korban adalah jalan mendekatkan diri kepada Allah sambil mengeratkan ukhuwah sesama manusia. Dengan semangat “Ibadah, Ukhuwah, Keberkatan”, program ini mampu menjadi medium penyatuan masyarakat serta menyuburkan budaya berkongsi rezeki dalam kalangan umat Islam.
Aktiviti Imam Musleh Malaysia tidak hanya berorientasikan kebajikan semata-mata, tapi ia juga bergerak atas kesedaran kebajikan sesama insan. Aktiviti amal kebajikan merupakan sebahagian daripada dakwah dalam bentuk Lisanul Hal.
Bertepatan dengan hari Jumaat dikenali sebagai sayyidul ayyam - penghulu segala hari. Penuh dengan keberkatan, keampunan serta limpahan rahmat Allah SWT.
Ibadah Qurban adalah syiar paling besar dalam Islam. Ia bukan sekadar penyembelihan haiwan, tetapi lambang ketakwaan, ketaatan dan pengorbanan kepada Allah SWT.
Menziarahi sahabat IMM selepas beliau selesai melakukan pembedahan kecil, doa diberi afiyah & kesembuhan segera